• Dr Natasha Mohd Hashim

Apakah Grade Kanser? Grade vs Stage

Ramai pesakit keliru antara STAGE dan GRADE kanser. Di dalam artikel ini kita akan bincang mengenai GRADE kanser. Itu maklumat lebih lanjut mengenai STAGE, sila rujuk disini.

Grade kanser ditentukan oleh pakar patologi daripada tisu kanser yang dilihat di bawah mikroskop. Setiap tisu mempunyai struktur dan susunan sel tersendiri, begitu juga tisu payudara. Tisu payudara terdiri daripada lobul-lobul dan saluran-saluran (duct). Apabila terjadinya kanser, struktur dan susunan sel-sel ini berubah kerana sel kanser tumbuh secara tidak terkawal



Grade terbahagi kepada grade 1, grade 2 dan grade 3

Grade 1 ( well differentiated adalah istilah yang didapati di laporan patologi) ditentukan jika struktur dan susunan sel-sel yang dilihat di bawah mikroskop masih ada ciri-ciri struktur tisu payudara normal. Lobul dan saluran (duct) masih lagi dapat dikenalpasti di banyak kawasan tisu kanser. Biasanya kanser grade 1, tidak terlalu agresif and pertumbuhan sel kanser perlahan.

Grade 3 ( poorly differentiated/ undifferentiated adalah istilah yang didapati di laporan patologi) ditentukan jika struktur dan susunan sel yang dilihat di bawah mikroskop berubah dengan banyak sehingga ciri-ciri struktur tisu payudara tidak lagi kelihatan. Lobul dan saluran (duct) tidak boleh dikenalpasti. Biasanya kanser grade 3 adalah terlalu agresif and pertumbuhan sel kanser agak cepat.

Grade 2 adalah pertengahan antara grade 1 dan 3.


Apakah perbezaan GRADING dan STAGING? Sila rujuk gambar laporan patologi di atas

Kotak merah (GRADE) - Grade adalah maklumat sel kanser yang dikenalpasti di bawah mikroskop dan sejauh mana sel-sel kanser yang tidak normal ini mengganggu struktur asas dan susunan sel-sel di dalam tisu payudara.

Kotak biru (STAGE) - Manakala stage pula ialah maklumat dimana kita menentukan sebesar mana kanser itu sudah membesar dan sejauh mana sel-sel kanser telah menyebar. Maklumat ini didapati daripada laporan patologi pembedahan yang lengkap dan juga daripada ujian Xray, ultrasound dan CT skan. Stage akan diberi dalam bentuk T (Saiz tumor), N (Kelenjar limfa) dan M (metastasis) termasuklah laporan reseptor hormon ER dan PR, amplikasi gen HER2 dan grade kanser.

Kami berharap anda lebih faham selepas membaca penerangan ini. Semoga bermanafaat


Dr Natasha Mohd Hashim

KPJ Johor Specialist Hospital


#breastcancer

#kanserpayudara

#gradingofbreastcancer

#breastcancersurvivor

#survivor


447 views

©2020 by Klinik Onkologi Maya. Proudly created with Wix.com