• Dr Natasha Mohd Hashim

Apakah "Staging" Kanser Payudara?



Puan Atikah, seorang guru berumur 45 tahun datang ke klinik payudara setelah beliau merasakan ketulan di payudara kiri sejak sebulan lalu. Ketulan itu tidak sakit, malah kulit di atas payudara itu juga tidak merah. Beliau mengharapkan ketulan itu hilang dengan sendiri tetapi ketulan tersebut membesar dengan perlahan-lahan (Ini perasaan yang biasa bagi wanita, seelok-eloknya berjumpa doktor dengan segera sekiranya terasa ada ketulan di mana-mana bahagian badan. Jika anda lambat bertindak, semakin tinggi stage kanser anda).

Daripada pemeriksaan doktor, didapati ketulan di payudara kiri itu bersaiz lebih kurang 2cm. Tiada ketulan dapat dirasa di ketiak kiri dan juga bahu kiri. Pemeriksaan pernafasan, tulang dan abdomen juga tiada menunjukkan apa-apa yang membimbangkan.

Doktor kemudian mengambil biopsi – sampel tisu daripada ketulan tersebut dan mengarahkan Puan Atikah membuat CT scan thorak dan abdomen.

Keputusan biopsi tersebut mengesahkan kehadiran sel kanser payudara – infiltrating ductal carcinoma, grade II. Ujian lanjut juga mendapati Puan Atikah tergolong di dalam kanser payudara HER2 positif ( ER -ve, PR -ve, Her2 amplified ). Untuk keterangan lanjut mengenai jenis kanser payudara boleh rujuk disini.

Laporan CT scan thoraks dan abdomen juga baik, ternampak hanya ketulan di payudara sahaja. Tiada tanda-tanda kanser merebak ke paru-paru, hati dan tulang.

Puan Atikah menarik nafas lega. Persoalan pertama setelah mengetahui segala maklumat tersebut ialah – berapakah “stage” saya doktor?

Apakah itu staging dan mengapa ianya sangat penting?

Staging ialah dimana doktor akan memberi anggaran sebesar mana kanser telah membesar dan sejauh mana ia telah merebak. Dalam erti kata lain, berapa banyak sel kanser yang perlu kita hadapi dan bagaimanakah cara terbaik untuk merawatnya.

Secara kesimpulan, stage kanser terbahagi kepada 4, (Stage 1 – Stage 4). Pada kebiasaannya, semakin kecil stage, kanser itu lebih kecil dan bertumpu serta kebarangkalian merebak adalah kurang. Semakin besar stage, maka sel kanser adalah besar dan kebarangkalian kanser merebak juga tinggi.

Stage 1-3 hanya terpakai kepada kanser yang masih bertumpu di payudara dan kelenjar limfa. Apabila pakar kanser bercakap mengenai kanser tahap/peringkat awal, ini merujuk kepada kanser stage 1,2 dan 3. Ini adalah kerana pesakit stage 1-3 (kanser payudara tahap awal) masih berpeluang untuk sembuh sepenuhnya daripada kanser. Peluang ini sangat besar bagi stage 1, tetapi peluang untuk sembuh turun mendadak bagi stage 3. Jika pesakit Stage 3 dirawat lewat, stage 3 akan beralih ke stage 4.

Untuk kanser sudah stage 4, kanser sudah merebak ke organ-organ yang lain seperti paru-paru, tulang, hati atau otak ( kanser sangat suka pergi ke 4 organ ini). Peluang untuk sembuh sangat tipis, dan biasanya rawatan bersifat paliatif yang akan ditawarkan.

Apakah faktor-faktor yang diberikan penilaian untuk menentukan stage ini?


Untuk menentukan staging, pakar kanser akan merujuk kepada manual AJCC ( American Joint Committee on Cancer ) staging. Maklumat tersebut boleh dimuat turun di pautan ini. Secara asas, staging adalah TNM iaitu

1. Saiz kanser (T)

2. Jumlah kelenjar limfa terlibat (N)

3. Organ-organ lain yang terlibat (M)


Selain dari saiz tumor (T), kelenjar limfa (N) dan metastasis ke organ lain (M), faktor-faktor berikut juga diambil kira

1. Grade – sila rujuk disini

2. Reseptor estrogen

3. Reseptor progesterone

4. Amplifikasi gen HER2

Setelah mengenalpasti semua ciri-ciri kanser tersebut, barulah pakar kanser akan menentukan staging. Untuk Puan Atikah, kerana pembedahan belum dibuat, staging dilakukan secara klinikal. Berdasarkan maklumat ini

1. Saiz tumor 2cm -T1

2. Grade II – sila rujuk di sini

3. Tiada kelenjar didapati diketiak – N0

4. Tiada tanda kanser merebak ke organ lain yang dipastikan melalui CT scan – M0

5. Reseptor estrogen negatif

6. Reseptor progesterone negative

7. Tiada amplikasi gen Her 2

Maka, Puan Atikah tergolong di dalam stage IA

Seterusnya, pembedahan dilakukan oleh pakar bedah payudara untuk membuang ketumbuhan kanser di payudara dan pembedahan juga dilakukan untuk membuang kelenjar limfa di ketiak buat Puan Atikah. Ini merupakan prosedur lazim bagi pesakit kanser payudara tahap awal. Untuk membaca lebih lanjut mengenai pembedahan, sila rujuk disini.

Laporan patologi pembedahan Puan Atikah adalah seperti berikut

Infiltrating ductal carcinoma

Grade II

Saiz tumor 2.5cm -T2

Kelenjar limfa – 3 daripada 10 kelenjar limfa di ketiak didapati positif sel kanser -N1

Estrogen reseptor negatif

Progesteron reseptor negative

Her 2 amplified

Berdasarkan laporan patologi ini, stage terbaru Puan Atikah telah berubah kepada stage IIB. Sila rujuk jadual di bawah.


Puan Atikah mula bertanya – mengapa sekarang stage saya berubah kepada stage 2 sedangkan sebelum pembedahan saya tergolong dalam stage 1?

Staging sebelum pembedahan adalah secara anggaran. Ini adalah kerana saiz ketumbuhan yang dianggarkan oleh doktor ketika pemeriksaan fizikal selalunya tidak tepat.


Apabila ketumbuhan dikeluarkan dan saiz dikira menggunakan mikroskop, ukuran itu lebih tepat. Malah kelenjar limfa yang tidak dapat dirasa semasa pemeriksaan fizikal dan tidak terlihat di CT scan juga tidak tepat. Ini adalah kerana, untuk kita melihat 1cm ketumbuhan di scan, ketumbuhan 1cm itu sudah mencapai 109 ( 100 juta ) sel!! Dengan mikroskop, saiz sel kanser bersaiz sekecil 0.2mm (yaitu bersamaan dengan 200 sel kanser), dapat dikesan kerana mikroskop mampu melihat benda -benda berukuran sangat kecil, atau mikro.


Oleh itu, staging yang ditentukan dengan berdasarkan laporan patologi pembedahan adalah lebih tepat dan muktamad. Staging ini yang akan digunakan oleh pakar onkologi anda semasa merujuk kepada kanser anda and juga semasa merawat anda.


Adakah stage dan grade sama?


Stage dan grade adalah dua istilah yang berlainan. Anda boleh terus membaca mengenai grade disini

Mengapa pakar kanser harus menentukan stage. Apakah implikasi staging?

Staging ini penting untuk prognosis kanser payudara setiap pesakit yang dirawat. Walaubagaimanapun disebabkan banyak ciri-ciri yang perlu diambil kira, staging untuk kanser payudara menjadi lebih rumit. Tetapi secara ringkasnya, semakin rendah staging seseorang pesakit, semakin tinggi peluang untuk "survive" dalam tempoh 10 tahun. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai prognosis di sini.

Puan Atikah dinasihatkan untuk menjalani rawatan lanjut selepas pembedahan untuk mengurangkan risiko kanser berulang dan menaikkan peluang untuk hidup lebih lama bebas dari kanser.

Semoga artikel ini memberi manafaat untuk anda memahami apa itu staging dan bagaimana staging ditentukan. Kami berharap anda tidak keliru lagi bagaimana staging ditentukan.


#breastcancerstaging

#kanserpayudara

#pejuangkanser

#memahamikanser

#kanser

#cancer

#cancermalaysia

#breastcancermalaysia

241 views

©2020 by Klinik Onkologi Maya. Proudly created with Wix.com