• Dr Mastura Md Yusof

Praktikkan Penjarakan Sosial di Hari Raya

Updated: Jun 2



Hari raya aidilfitri menjelang tiba semasa kita masih lagi di dalam kemelut pandemik Covid-19. Kita masih boleh menyambutnya tetapi dengan suasana norma baru. Balik kampung dan merentas negeri tidak dibenarkan. Namun, mereka yang tinggal di negeri yang sama masih boleh berkumpul, terhad kepada 20 orang sahaja. Walaupun dibenarkan, ini tidak bermakna ianya selamat untuk semua.

Sebagai pakar onkologi, kami mengaku yang kami amat risaukan keselamatan pesakit kami. Pesakit kanser memang lebih mudah untuk mendapat jangkitan virus Covid19 ini. Sekiranya jangkitan berlaku, risiko mendapat komplikasi dari jangkitan ini lebih tinggi, kadar kematian juga lebih tinggi, terutamanya warga tua dan mereka yang mempunyai penyakit lain seperti kencing manis dan darah tinggi.

Kami mempunyai pengetahuan , pengalaman dan skil bagi merawat kanser tetapi kami mengaku yang kami masih naif dalam perawatan pesakit kanser yang mendapat jangkitan virus Covid-19. Jadual perawatan pesakit akan terganggu dan masih banyak yang belum diketahui tentang virus ini dan rawatan kanser. Anda tidak mahu menjadi statistik kematian akibat Covid-19, suatu penyakit yang tidak dapat ditelah atau dikawal buat masa ini.

Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mencegah jangkitan dari berlaku.

Bagi pihak kami, kami boleh membuat modifikasi atau melakukan beberapa strategi kepada rawatan anda bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Pihak anda, pesakit, ahli keluarga atau penjaga harus sentiasa membuat keputusan yang bijak dan konsisten mengenai hak kemanusiaan dan kesihatan anda sepanjang sambutan hari raya pada tahun ini. Pastikan semua langkah-langkah mengelakkan diri dari terdedah kepada virus ini dilakukan dengan sebaik mungkin. Elakkan berkumpul beramai-ramai dan pastikan penjarakan social dipraktikkan.

Kami faham yang anda mungkin merasa terdesak untuk berjumpa ibu bapa dan sanak saudara, tetapi perasaan itu boleh bertukar menjadi sesalan dengan sekelip mata. Berkumpul secara maya melalui internet boleh menjadi norma baru kita. Lebih baik menyesal tidak berhari raya untuk sekali ini, berbanding menyesal kerana mendapat kemudaratan dan tidak dapat menyambut raya sampai bila-bila.

Katakan tidak jika tidak perlu. Say NO to Kluster Aidilfitri.


Praktikkan penjarakan sosial. Basuh tangan sebelum makan ketupat.


Stay safe. Stay home.


#kitajagakita#



Kami di meja KlinikOnkologiMaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Maaf zahir dan batin.


Drs Azura, Hayani, Mastura dan Natasha

Klinik Onkologi Maya

239 views

©2020 by Klinik Onkologi Maya. Proudly created with Wix.com